Mahasiswa mahu diskaun pembayaran PTPTN dikembalikan

PTPTN
PTPTN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan membatalkan diskaun dan faedah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 31 Disember lalu adalah satu tindakan tidak adil kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Ahli Dewan Muda Johor, Muhammad Haziq Shafe’ee berkata, inisiatif diskaun dan faedah perlu sepatutnya diteruskan daripada kerajaan terus mencari formula baharu untuk menangani isu berkenaan PTPTN,

“Secara tidak langsung ini akan mendatangkan kesan kepada kebajikan mereka terutamanya golongan ‘fresh graduates’ yang rata-rata bergaji tidak sampai RM2,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad Haziq berkata, berikutan itu, pihaknya mewujudkan petisyen bagi meminta Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan PTPTN untuk menimbang semula perlaksanaan inisiatif diskaun dan faedah pembayaran balik PTPTN seperti dilaksanakan sebelum ini.

“Saya amat berharap rakan-rakan mahasiswa di luar sana memberikan sokongan kepada usaha murni ini. Kasihan rakan-rakan kita yang terpaksa melalui detik-detik sukar dalam keadaan ekonomi menghimpit kini. Mereka yang berminat boleh menandatangani petisyen tersebut.

“Mahasisa yang berkelapangan dijemput turut serta semasa penyerahan petisyen ini. Bagi kami, u-turn sekali lagi untuk perkara ini adalah tidak mengapa. Perkara ini amat penting untuk kebajikan kami semua. Mohon suara kami didengari pihak yang berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: