Polis masih buat kawalan di Kampung Sungai Baru

Keadaan di Kampung Sungai Baru pada Khamis.
Keadaan di Kampung Sungai Baru pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih membuat kawalan di tapak operasi pengosongan terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini pada Khamis.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati beberapa kenderaan PDRM dilihat masih berada di tapak operasi setakat jam 7.30 malam ini.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada proses operasi berkenaan sudah selesai dilaksanakan.

Keadaan di tapak operasi juga dilihat tenang dengan hanya beberapa individu berkumpul di kawasan berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan PDRM bersama beberapa agensi penguat kuasa menjalankan operasi pengosongan terhadap 26 hak milik individu merangkumi 37 rumah teres di Kampung Sungai Baru.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, tindakan itu dilaksanakan selepas melalui beberapa proses perolehan yang ditetapkan dengan perintah pengosongan dikeluarkan oleh mahkamah.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Flat Kampung Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.

Sesetengah penduduk terutama penghuni rumah teres tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Polis Diraja Malaysia membuat kawalan di tapak operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru
  • Operasi pengosongan melibatkan 26 hak milik individu dengan 37 rumah teres
  • Tidak dapat dipastikan sama ada operasi pengosongan sudah selesai
  • Keadaan di tapak operasi tenang dengan beberapa individu berkumpul
  • Operasi pengosongan dilakukan selepas perolehan yang ditetapkan dan perintah mahkamah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!