Mayat lelaki ditemukan dengan kesan tetakan

Mangsa dijumpai berdekatan sebuah rumah kongsi kebun dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan tetakan dipercayai menggunakan senjata tajam. Foto hiasan
Mangsa dijumpai berdekatan sebuah rumah kongsi kebun dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan tetakan dipercayai menggunakan senjata tajam. Foto hiasan
A
A
A

GUA MUSANG - Mayat seorang lelaki warga Bagladesh ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tetakan pada leher dan dada kiri berdekatan dengan sebuah rumah kongsi kebun di Sonchong di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 3.30 petang.

“Mangsa dijumpai berdekatan sebuah rumah kongsi kebun dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan tetakan dipercayai menggunakan senjata tajam.

“Mayat lelaki terbabit kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ujarnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-9121222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan berlumuran darah di Sonchong Gua Musang
  • Ketua Polis Daerah mengatakan mayat ditemukan dengan kesan tetakan pada leher dan dada kiri
  • Mayat dijumpai berhampiran rumah kongsi kebun
  • Unit Forensik Hospital Gua Musang melakukan bedah siasat
  • Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, motif dan usaha mencari suspek masih berlangsung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!