Qatar sahkan identiti mangsa terbunuh dalam serangan Israel di Doha

Rakaman yang diambil daripada video AFPTV menunjukkan asap tebal membumbung ke udara selepas beberapa letupan berlaku di ibu negara Qatar, Doha pada 9 September 2025. Foto AFP
Rakaman yang diambil daripada video AFPTV menunjukkan asap tebal membumbung ke udara selepas beberapa letupan berlaku di ibu negara Qatar, Doha pada 9 September 2025. Foto AFP
A
A
A

DOHA - Kementerian Dalam Negeri (MoI) Qatar mengesahkan identiti seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel pada Selasa ke atas sebuah bangunan kediaman di Doha yang menempatkan anggota biro politik Hamas, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Dalam satu kenyataan, MoI memaklumkan bahawa identiti syahid Jihad Riyah Hassan Labad telah disahkan "sebagai sebahagian daripada pemantauan berterusan terhadap perkembangan berkaitan sasaran Israel dan berdasarkan operasi lapangan yang dijalankan oleh agensi keselamatan berkaitan untuk mengumpul bukti serta maklumat.”

Menurut Mol, cebisan mayat ditemukan di pelbagai lokasi di kawasan kejadian, dan pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Qatar kini sedang berusaha mengenal pasti mangsa dengan tepat.

Kementerian itu menegaskan pihaknya akan terus memantau perkembangan dan akan mengumumkan sebarang maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi.

Ia turut memaklumkan bahawa usaha masih diteruskan untuk mengesan dan mengenal pasti individu yang masih hilang, manakala pasukan lapangan khas sedang menjalankan operasi mencari serta menyiasat.- Bernama-QNA

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Dalam Negeri Qatar mengesahkan identiti mangsa yang terbunuh dalam serangan Israel
  • Serangan berlaku pada Selasa terhadap bangunan kediaman di Doha yang menempatkan anggota Hamas
  • Identiti mangsa adalah Jihad Riyah Hassan Labad
  • Cebisan mayat ditemukan di pelbagai lokasi dan usaha pengenalpastian masih berlangsung
  • Qatar akan terus memantau perkembangan dan mengumumkan maklumat secara rasmi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!