Polis kejar, tahan empat termasuk pelajar sekolah disyaki curi kabel

Polis menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas mengejar sebuah kereta disyaki terlibat dalam kes curi kabel di sekitar Majidee. Foto IPD JBS
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas mengejar sebuah kereta disyaki terlibat dalam kes curi kabel di sekitar Majidee. Foto IPD JBS
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas mengejar sebuah kereta yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel di sekitar Majidee, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.15 pagi apabila suspek cuba melarikan diri sebelum berjaya diberkas bersama kereta yang digunakan.

“Polis turut merampas peralatan mencuri kabel serta beberapa kabel yang dicuri semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tangkap layar video tular menunjukkan kereta peronda polis mengejar kereta suspek.
Tangkap layar video tular menunjukkan kereta peronda polis mengejar kereta suspek.

Menurut beliau, suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan berusia 16 hingga 26 tahun serta seorang lelaki warga asing.

“Remaja berusia 16 tahun itu masih bersekolah, manakala suspek lain tidak bekerja. Hasil semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan curi kabel.

“Ujian air kencing pula mengesahkan tiga suspek positif methamphetamine,” jelasnya.

Kesemua suspek kini direman selama empat hari hingga 10 September untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Polis menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas mengejar sebuah kereta disyaki terlibat dalam kes curi kabel di sekitar Majidee. Foto IPD JBS
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas mengejar sebuah kereta disyaki terlibat dalam kes curi kabel di sekitar Majidee. Foto IPD JBS

“Tiga suspek yang positif dadah turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek warga asing disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Raub menambah, kejayaan tangkapan itu sekali gus menyelesaikan enam kes curi kabel di sekitar Johor Bahru.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi lebih dua minit memaparkan kereta peronda polis mengejar kereta dinaiki suspek.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!