PGA rampas sosej, beras putih dan pulut bernilai RM37,000

PGA merampas makanan sejuk beku jenis sosej, beras putih dan beras pulut dalam serbuan di hadapan lot kedai Jalan Banggol Kulim, Rantau Panjang pada Ahad. FOTO: PGA
PGA merampas makanan sejuk beku jenis sosej, beras putih dan beras pulut dalam serbuan di hadapan lot kedai Jalan Banggol Kulim, Rantau Panjang pada Ahad. FOTO: PGA
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,005 peket makanan sejuk beku jenis sosej, 692 kilogram (kg) beras putih, 100 kg beras pulut dan beberapa barangan runcit lain dalam serbuan di hadapan lot kedai Jalan Banggol Kulim, di sini pada Ahad.

Rampasan jam 9 malam itu dilakukan ke atas sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan penugasan Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua barangan terbabit tiada dalam senarai invois yang ditunjukkan oleh pemandu.

"Barang ini disyaki diseludup dari Thailand dan cuba disorokkan bersama barang-barang runcit yang lain di belakang lori tersebut.

"Pemandu yang merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dipercayai menjadi penghantar barang tersebut ke pasaran tempatan," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Menurutnya, anggaran rampasan bernilai RM37,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Ujarnya, hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya manakala barang di dalam invois dipulangkan semula kepada pemandu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!