PGA rampas 4,150kg beras pulut, 1,180kg beras

PGA merampas 4,150kg beras pulut dan 1,180kg beras dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui pangkalan haram di Pasir Mas dan Tumpat pada Jumaat.
PGA merampas 4,150kg beras pulut dan 1,180kg beras dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui pangkalan haram di Pasir Mas dan Tumpat pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 4,150 kilogram (kg) beras pulut dan 1,180kg beras dipercayai dibawa masuk dari Thailand melalui pangkalan haram dalam serbuan berasingan di Pasir Mas dan Tumpat pada Jumaat.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan pertama dilakukan jam 12 tengah hari di Kampung Jubakar, Tumpat apabila PGA menahan sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa penugasan Op Taring Wawasan.

"Suspek cuba melarikan diri namun kereta dipandunya terbabas. Lelaki terbabit melarikan diri dan meninggalkan kenderaan tersebut.

"Hasil pemeriksaan menemui 1,180kg beras dan 150kg beras pulut dianggarkan bernilai RM5,770 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand menggunakan pangkalan haram," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Menurut beliau, rampasan kedua dilakukan jam 11.45 malam di Kampung Cherang Hangus, Pasir Mas apabila PGA menahan dua kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, ujarnya, pemandu kenderaan melarikan diri dan hasil pemeriksaan menemui 4,000kg beras pulut dianggarkan bernilai RM28,000.

Nik Ros Azhan memberitahu, semua kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1994.

"Semua barangan rampasan diserahkan kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negara (KSPBN) Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!