PERKESO perkukuh hubungan media, sebar manfaat skim

Simbolik perasmian Malam Jalinan Mesra Media bersama PERKESO dilakukan dengan memotong kek. 
Simbolik perasmian Malam Jalinan Mesra Media bersama PERKESO dilakukan dengan memotong kek. 
A
A
A

KOTA BHARU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkukuh hubungan dengan pengamal media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan mesej manfaat keselamatan sosial kepada rakyat.

Ketua Cawangan Penjenamaan, Media dan Perhubungan Awam PERKESO, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, hubungan erat dengan media adalah asas bagi memastikan mesej organisasi sampai tepat dan relevan.

“Saya ingin mengajak rakan media terus bersama-sama kami di PERKESO, dengan mempermudah cara menyalurkan maklumat mengenai kenalan, saudara terdekat atau rakan-rakan yang layak menerima manfaat.

“Dalam beberapa kes, ada ibu yang menangis menerima pencen penakat daripada anak yang sudah meninggal dunia, dapat terus beramal dengan sedekah dan ada juga isteri merasa seolah-olah masih ‘dinafkahi’ suami walaupun sudah bertahun-tahun meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Jalinan Mesra Media bersama PERKESO di sini pada Ahad.

Turut hadir, Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) Kelantan, Yatimin Abdullah dan Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob.

Tengku Khalidah turut berkongsi pengalaman peribadi semasa penutupan akhbar Utusan Malaysia pada 2019, PERKESO tampil sebagai agensi pertama memberikan bantuan kepada pengamal media terjejas.

“Waktu Utusan tutup, saya sendiri jatuh terduduk.

“PERKESO yang datang menolong menghulurkan tangan hingga membantu kami untuk dapat bangkit semula,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tengku Khalidah yang juga Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dalam pada itu menekankan bahawa pengamal media perlu kukuh dalam persatuan, saling menyokong antara ahli dan memastikan profesionalisme dijaga dalam setiap tugasan.

Tengku Khalidah (tengah) diiringi Nora (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin (kiri). 
FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID
Tengku Khalidah (tengah) diiringi Nora (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Biro Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin (kiri).  FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

“Bersatu dalam persatuan yang kukuh membolehkan kita saling membantu menghadapi cabaran dan memastikan mesej sampai dengan tepat,” katanya lagi.

Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada media termasuk Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!