JBPM Kelantan ingatkan risiko lemas, 109 nyawa terkorban dalam 5 tahun

Farhan Sufyan (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan semasa merasmikan Majlis Perhimpunan Kali Ke-5 Tahun 2025 di JBPM Kelantan Tunjung di Kota Bharu pada Isnin.
Farhan Sufyan (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan semasa merasmikan Majlis Perhimpunan Kali Ke-5 Tahun 2025 di JBPM Kelantan Tunjung di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti riadah sepanjang musim cuti sekolah, khususnya di kawasan sungai, jeram dan pantai yang berisiko berlaku kepala air serta lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, Jeli, Kuala Krai dan Bachok antara kawasan yang dikenal pasti berisiko.

"Kami tidak menghalang masyarakat untuk beriadah namun kesiapsiagaan dan sikap peka terhadap keadaan sekeliling perlu diutamakan.

"Ini kerana walaupun musim Monsun Barat Daya, kekerapan hujan masih tinggi," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Sebelum itu, beliau merasmikan Majlis Perhimpunan Kali Ke-5 Tahun 2025 di JBPM Kelantan Tunjung.

Menurut beliau, keadaan tersebut boleh membawa kepada risiko lemas serta kejadian yang tidak diingini.

Ujarnya, di Kelantan dalam tempoh lima tahun, sebanyak 109 mangsa telah terkorban akibat lemas.

Farhan Sufyan memberitahu, angka terbabit sangat membimbangkan.

"Bagaimanapun dari semasa ke semasa kami akan sentiasa memberikan kesedaran kepada masyarakat bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!