Sangka patah, penebang pokok cemas kaki tersepit celah dahan

BACHOK - Seorang penebang pokok berdepan detik cemas selepas kakinya tersepit di celah dahan hampir setengah jam ketika melakukan kerja-kerja penebangan di Kampung Tepus, Pauh Lima di sini, sebelum diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok pada Jumaat.
Semasa kejadian itu mangsa, Khairul Fazli, 45, menjerit meminta pertolongan selepas menyangka kakinya yang tersepit itu patah.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ramzi Mohd Zaim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah yang mengupah lelaki terbabit pada jam 6.23 petang.
"Seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 6.44 petang. Mangsa berada di atas pokok dalam keadaan berisiko dengan kakinya tersepit di celah dahan," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, anggota bomba telah memanjat pokok berkenaan bagi membawa turun mangsa dengan selamat.
Ujarnya, hasil pemeriksaan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan dan kakinya juga tidak mengalami patah.
Mohd Ramzi memberitahu, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 7.23 malam dan mangsa telah pulang ke rumahnya.
Ringkasan AI
- Seorang penebang pokok tersepit kakinya di celah dahan ketika bekerja di Kampung Tepus, Pauh Lima, Bachok
- Mangsa, Khairul Fazli, 45, menjerit meminta pertolongan kerana menyangka kakinya patah
- Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok menyelamatkan mangsa setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.23 petang
- Sembilan anggota bomba memanjat pokok untuk membawa turun mangsa dengan selamat
- Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius atau patah tulang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

