Golongan Ibu tunggal perlu diberi perhatian komuniti setempat

Penyelia sektor Damansara Damai, Sarjan Mohd Azrul Azizi (empat dari kiri) menerima penghargaan dari penganjur program di Apartmen Idaman pada Ahad.
Penyelia sektor Damansara Damai, Sarjan Mohd Azrul Azizi (empat dari kiri) menerima penghargaan dari penganjur program di Apartmen Idaman pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA – Golongan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan perlu diberi dari segi kebajikan kerana mereka antara kelompok yang paling terkesan dengan bebanan kos sara hidup masa kini.

Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ikhsan Mohd Din berkata, masyarakat bertanggungjawab memainkan peranan dengan melaporkan kepada persatuan penduduk atau pihak berkaitan sekiranya terdapat jiran yang memerlukan bantuan.

“Kalau nampak jiran kita susah, perlu bantuan dan sebagainya, jangan dibiarkan. Laporkan segera kepada badan bertanggungjawab supaya bantuan dapat dihulurkan tanpa melengahkan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program sumbangan komuniti di Apartmen Idaman di sini pada Ahad yang menyaksikan seramai 52 ibu tunggal menerima kotak bantuan keperluan asas daripada syarikat antarabangsa, Archer Daniels Midland Company (ADM).

Turut hadir Penyelia sektor Damansara Damai, Sarjan Mohd Azrul Azizi serta Pengarah program, Zamri Saidin.

Menurutnya, penganjuran itu membuktikan komitmen sektor korporat menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) dalam usaha menyantuni golongan asnaf, selain mengukuhkan kerjasama antara komuniti dan pihak berkuasa tempatan.

“Alhamdulillah, walaupun dalam tempoh singkat kita rancang, program ini berjaya mendapat kerjasama baik daripada MBPJ, pihak polis dan komuniti setempat,” jelasnya.

Katanya, bantuan yang diberikan dalam bentuk kotak keperluan asas itu mengandungi barangan seperti beras, minyak masak, mihun, telur, gula dan beberapa keperluan dapur lain.

“Ini merupakan kali pertama ADM menyalurkan bantuan di kawasan Damansara Damai. Kita yakin ia akan diteruskan lagi pada masa depan bagi membantu lebih ramai ibu tunggal yang memerlukan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menegaskan, program sebegini tidak seharusnya terhenti pada pemberian sumbangan semata-mata sebaliknya perlu disertai dengan perkongsian ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

“Kita selitkan juga maklumat berkaitan keselamatan bersama pihak berkuasa dan pengamal undang-undang supaya masyarakat lebih peka terhadap isu keselamatan di sekeliling mereka,” ujarnya.

Ikhsan berkata, langkah itu dapat menjadikan sesuatu program lebih berkesan kerana bukan sahaja menyalurkan bantuan, malah meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan saling menjaga antara satu sama lain.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!