Ibu 58 tahun lahir anak kedua menerusi rawatan IVF

Lai-lai itu pernah menarik perhatian orang ramai enam tahun lalu apabila menyambut kelahiran anak pertama pada usia 52 tahun sebagai seorang ibu berisiko.
Lai-lai itu pernah menarik perhatian orang ramai enam tahun lalu apabila menyambut kelahiran anak pertama pada usia 52 tahun sebagai seorang ibu berisiko.
A
A
A

HONG KONG – Seorang wanita berusia 58 tahun, Chan Lai-lai yang juga isteri kepada pelakon tempatan Brian Wong Chak-fung selamat melahirkan anak kedua menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF).

Wanita itu pernah menarik perhatian orang ramai enam tahun lalu apabila menyambut kelahiran anak pertama pada usia 52 tahun sebagai seorang ibu berisiko.

Dalam pengumuman di media sosial pada Sabtu, pasangan tersebut berkongsi berita gembira itu mendedahkan bahawa ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

Bercakap kepada media, Brain memaklumkan anak perempuan kedua mereka dilahirkan pada 22 Ogos dengan berat 3.34 kilogram (kg).

Brian menjelaskan bahawa Lai-lai menjalani pembedahan caesarean berjadual pada usia kandungan 37 minggu, sambil menambah bahawa bayi baharu mereka lebih berat berbanding kakaknya semasa lahir.

Brian turut mengagumi kemampuan Lai-lai untuk menyusukan bayi pada usianya.

Mengimbas kembali proses kelahiran, Brain menekankan perbezaan antara dua kehamilan tersebut, menjelaskan bahawa mereka memilih kaedah IVF kali ini.

Brain turut menceritakan bahawa mereka mendapat khidmat rundingan di Hospital Prince of Wales dan Pusat Perubatan CUHK, di mana Lai-lai mencatat rekod sebagai ibu tertua di hospital tersebut dan para doktor berminat untuk mengkaji kesnya dengan lebih mendalam.

Selain itu, Brain berharap pengalaman mereka dapat membantu pasangan lain yang ingin mendapatkan zuriat di Pusat Perubatan CUHK.

Artikel Berkaitan:

Pasangan yang berkahwin pada 2010 ini sudah lama mengimpikan untuk menjadi ibu bapa.

Semasa kehamilan Lai-lai pada 2019 ketika berusia 52 tahun, dia berdepan cabaran seperti ekzema ketika hamil dan praeklampsia yang memerlukan pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kejayaan Lai-lai melahirkan pada usia 58 tahun memenuhi hajat mendapatkan bayi yang sihat dan selamat seperti yang diimpikan sekali gus membawa kegembiraan kepada keluarga kecil mereka yang kini berempat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!