Axiata lantik Thaya Sangara Pillai sebagai Pengarah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Axiata Group Bhd melantik Thaya Sangara Pillai sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya dan ahli jawatankuasa audit lembaga (BAC).

Thaya menggantikan Datuk Izzaddin Idris yang dilantik semula sebagai pengarah eksekutif selepas pelantikannya sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ketua pegawai eksekutif kumpulan pada 24 Januari lalu.

Pengerusi Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid berkata, sebagai ahli lembaga edotco Group Sdn Bhd dan Robi Axiata Ltd, Thaya telah bekerjasama rapat dengan Lembaga Pengarah Axiata dan pengurusan kanan sejak lima tahun lalu.

"Kami menghargai tindakannya yang mantap dalam melaksanakan piawaian tadbir urus tertinggi dan pengalamannya dalam memastikan integriti serta ketepatan dalam laporan kewangan luaran syarikat yang menuntut pemahaman kuat tentang pelaksanaan kawalan dalaman dan penggunaan dasar perakaunan sesuai," katanya dalam satu kenyataan Rabu lalu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, latar belakang yang mantap dalam pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) berprofil tinggi, penggabungan dan pengambilalihan membolehkan Axiata mendapat keuntungan dari kemampuannya dalam proses usaha wajar yang perlu, meningkatkan tadbir urus korporat dan amalan pengurusan risiko dan menilai implikasi kewangan serta perniagaan.

Artikel Berkaitan: