Sila log masuk terlebih dahulu.

Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu jadi badan bebas, bukan di bawah Suhakam

A
A
A
Suruhanjaya Kanak-Kanak perlu jadi badan bebas, bukan di bawah Suhakam

BERITA SEMASA 16 JUN 2023

Cadangan penggubalan satu akta khas bagi mewujudkan sebuah Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak bersifat bebas dan tidak lagi terikat di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), hakikatnya memerlukan kepentingan penyediaan sistem atau format seimbang dengan nilai dan acuan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Parlimen), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan penggubalan akta khas itu penting bagi memenuhi permintaan agensi-agensi kerajaan yang memerlukan bantuan intepretasi dan kefahaman undang-undang dalam mentakrif isu kanak-kanak dengan secukupnya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, pada Isnin.

Artikel: https://premium.sinarharian.com.my/article/227522/fokus/semasa/eksklusif-cadang-gubal-akta-khas-urus-isu-kanak-kanak

#BeritaSemasa #SinarHarian #Suhakam #SuruhanjayaKanakKanak