Padah peniaga degil, basikal dan skuter disita di Chow Kit

Basikal, skuter, mainan kanak-kanak dan peralatan perniagaan lain yang disita di laluan awam sekitar Jalan Raja Laut.
Basikal, skuter, mainan kanak-kanak dan peralatan perniagaan lain yang disita di laluan awam sekitar Jalan Raja Laut.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas pindah halangan terhadap peniaga yang berdegil meletakkan basikal, skuter, mainan kanak-kanak dan peralatan perniagaan lain di laluan awam sekitar Jalan Raja Laut dan Chow Kit pada Jumaat.

Dalam operasi bersepadu itu, sebanyak tujuh notis am dikeluarkan, manakala lima kes membabitkan tindakan sitaan dilaksanakan ke atas barangan yang menghalang pejalan kaki dan menyusahkan orang ramai.

Antara barangan yang disita termasuk basikal, skuter serta pelbagai mainan kanak-kanak yang diletakkan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Menurut DBKL, tindakan itu dilaksanakan bagi memastikan laluan awam kekal kondusif, selamat dan tidak disalahgunakan sebagai tempat berniaga.

“Pemantauan serta tindakan tegas akan diteruskan dari semasa ke semasa, khususnya di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” kata kenyataan DBKL pada Jumaat.

Langkah itu sekali gus memberi isyarat jelas bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menguasai kawasan awam secara sewenang-wenangnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!