Ikhwan Fatanna tak sangka Hening Rindu raih emas di Anugerah ContentAsia 2025

Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan menerima pengiktirafan di pentas antarabangsa apabila merangkul Emas pada Anugerah ContentAsia 2025 di Taipei semalam. - Foto: Ig marshamilan
Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan menerima pengiktirafan di pentas antarabangsa apabila merangkul Emas pada Anugerah ContentAsia 2025 di Taipei semalam. - Foto: Ig marshamilan
A
A
A

KOMPOSER dan penyanyi Ikhwan Fatanna Mokhtar tidak menyangka lagu ciptaannya, Hening Rindu nyanyian Marsha Milan menerima pengiktirafan di pentas antarabangsa apabila merangkul Emas pada Anugerah ContentAsia 2025 di Taipei semalam.

Beliau berkata, kejayaan menerusi kategori reka bentuk bunyi terbaik yang dicipta di Asia untuk sebuah program/siri televisyen pada anugerah itu adalah satu pencapaian besar selepas dinobat juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Februari lepas.

"Sebenarnya saya pun tak diberitahu lagu ini dicalonkan dalam Anugerah ContentAsia. Jadi, bila dapat tahu, memang terkejut sebab yang hubungi saya pun Marsha sendiri, dan ada beberapa staf Alternate Records beritahu lagu ini menang untuk Sound Design,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ikhwan Fatanna berkata, kemenangan itu akan menjadi pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya berkualiti untuk artis dan disukai ramai.

"Saya nak lagu saya didengari bukan hanya di Malaysia tetapi di luar negara juga,” katanya yang pernah bekerjasama dengan artis Indonesia iaitu Rizky Febian dan Nisa Sabyan.

Ikhwan Fatanna berkata, cabaran dalam menghasilkan Hening Rindu, yang turut disusun oleh Wan Saleh, adalah mencari elemen bunyi yang dapat membantu melodi lagu itu agar tampil lebih menyerlah.

"Muzik dan reka bentuk bunyi adalah sangat penting. Alhamdulillah, dengan bantuan Wan Saleh yang telah melakukan tugasan yang sangat baik... melodi dan lirik lagu ini menjadi sepertimana yang kita semua dengar,” katanya.

Marsha turut meluahkan rasa syukur dengan kejayaan itu dan menyifatkannya sebagai hasil kerja berpasukan.

"Terima kasih kerana mencurahkan jiwa dan raga dalam projek ini. I'm so grateful to be the voice for a song that carries so much soul. This is truly a shared journey," katanya menerusi hantaran di laman Instagram.

Artikel Berkaitan:

Anugerah ContentAsia adalah acara tahunan yang mengiktiraf kandungan video premium dan pencapaian bakat merentasi pelbagai platform di rantau Asia.

Edisi kali ini menyaksikan lebih 150 program dicalonkan sekali gus menonjolkan persaingan sengit dalam industri kandungan kreatif serantau. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!