UAE bantu bawa pulang rakyat Korea Selatan di Iran

Gambar hiasan - GettyImages
Gambar hiasan - GettyImages
A
A
A

ABU DHABI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu memindahkan 80 individu, 74 daripadanya warga Korea Selatan, yang berada di Iran, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM).

Iran antara negara paling teruk terjejas akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Langkah itu atas permintaan Korea Selatan, susulan perbincangan telefon antara Putera Mahkota Abu Dhabi merangkap Timbalan Komander Tertinggi Tentera UAE Syeikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dengan Presiden Moon Jae-in pada 5 Mac lalu.

Pesawat sewa khas itu berlepas dari Tehran malam tadi menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum di Dubai.

Penumpang kemudian diterbangkan menggunakan pesawat Penerbangan Asiana Airlines ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan. -

Artikel Berkaitan: