Lelaki ditahan halang tugas polis ketika Ops Covid-19

Aidi Sham menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah masing-masing sempena Ops Covid-19 semalam.
Aidi Sham menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah masing-masing sempena Ops Covid-19 semalam.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditahan kerana membuat provokasi dan menghalang polis menjalankan tugas semasa Ops Covid-19 sempena Perintah Kawalan Pergerakan di Batu 9, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohammed berkata, lelaki berusia 25 tahun itu terpaksa ditahan kerana bertindak keterlaluan dan membuat provokasi.

"Lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini.

"Lelaki tersebut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Aidi Sham semasa melakukan sekatan jalan raya sempena Ops Covid-19 semalam.
Aidi Sham semasa melakukan sekatan jalan raya sempena Ops Covid-19 semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pihaknya telah menjalankan Ops Covid-19 membabitkan sekatan jalan raya, 'snap and check', hebahan dan pemeriksaan premis sejak 18 Mac lalu melibatkan kekuatan 62 pegawai dan anggota Ibu pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Katanya, sebanyak 83 kenderaan dan 101 individu diperiksa dalam Ops Covid-1, yang diadakan sekitar Jalan Pantai Port Dickson dan Lukut.

"Kita juga membuat rondaan di kawasan premis kedai makan dengan memberi nasihat kepada masyarakat agar tidak berada di luar dan pulang ke rumah masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis menasihatkan kepada semua orang awam supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan menghadkan pergerakan keluar rumah kecuali untuk urusan penting sahaja," katanya.