#viral [VIDEO] Agong pandu kereta sendiri tinjau keadaan ibu negara

Seri Paduka Baginda juga turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan PDRM membuat sekatan jalan raya.
Foto Instagram Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan PDRM membuat sekatan jalan raya. Foto Instagram Istana Negara
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencemar duli dengan memandu sendiri kenderaan bagi meninjau keadaan ibu negara pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik dalam instagram rasmi Istana Negara memaparkan Seri Paduka Baginda memandu kenderaan di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Video berdurasi 1 minit 19 saat itu dimuat naik dengan kapsyen, 'KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama anakanda berkenan memandu sendiri meninjau keadaan persekitaran Kuala Lumpur sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac'.

"Perhatikan banyak lagi kenderaan di jalan raya. Ini sudah tentu tidak petunjuk yang baik dan saya harap ini dapat dikurangkan secepat mungkin untuk kebaikan bersama masyarakat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur.

"Ini Lebuh Raya DUKE, perhatikan kenderaan-kenderaan sebelah sana banyak berkurangan," titah Seri Paduka Baginda.

Sementara itu dalam masa sama, Seri Paduka Baginda juga turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.

Video berasingan dimuat naik di Instagram rasmi Istana Negara, dan turut menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang bertugas membendung wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: