3,000 Jalur Gemilang, bendera Johor hiasi kediaman pasangan warga emas

Shamsi dan Tujimah menunjukkan Jalur Gemilang dan bendera Johor yang menghiasi kediaman mereka.
Shamsi dan Tujimah menunjukkan Jalur Gemilang dan bendera Johor yang menghiasi kediaman mereka.
A
A
A

PONTIAN – Sepasang suami isteri di Kampung Batu 35 di sini tidak pernah ketinggalan menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan menghiasi kediaman mereka menggunakan ribuan Jalur Gemilang dan bendera Johor.

Setiap tahun, Shamsi Samuri, 60, dan isterinya, Tujimah Sidek, 62, menjadikan hiasan patriotik itu sebagai tradisi keluarga sejak lebih sedekad lalu.

Menurut Shamsi, kali ini mereka memperuntukkan RM1,500 untuk membeli 3,000 Jalur Gemilang dan bendera Johor selain hiasan lain seperti lampu berwarna-warni dan kain rentang.

Rumah Shamsi dan Tujimah menjadi tumpuan murid sekolah.
Rumah Shamsi dan Tujimah menjadi tumpuan murid sekolah.

“Kalau orang lalu depan rumah, ada yang cakap tak nampak rumah, yang nampak hanya Jalur Gemilang berkibar.

“Itulah tanda kasih kami kepada negara,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi Tujimah pula, tradisi itu bermula sejak 2009 apabila arwah bapanya, Allahyarham Sidek Mangon mahu anak-anaknya sentiasa meraikan bulan kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.

Artikel Berkaitan:

Dua murid sekolah melihat sudut pameran di rumah Shamsi dan Tujimah.
Dua murid sekolah melihat sudut pameran di rumah Shamsi dan Tujimah.

“Tahun ini kami pasang lebih banyak bendera selain lampu berwarna-warni pada waktu malam.

“Saya mahu tujuh anak dan cucu-cucu meneruskan tradisi ini sampai bila-bila,” ujarnya.

Pasangan itu pernah beberapa kali menerima anugerah di peringkat daerah dan negeri hasil kreativiti menghias rumah dengan Jalur Gemilang.

Laluan masuk ke rumah Shamsi dan Tujimah yang dipenuhi bendera Johor dan Jalur Gemilang.
Laluan masuk ke rumah Shamsi dan Tujimah yang dipenuhi bendera Johor dan Jalur Gemilang.

Namun bagi mereka, kemenangan bukanlah matlamat utama, sebaliknya kepuasan melihat bendera berkibar megah jauh lebih bermakna.

“Selagi ada kudrat, kami akan terus kibar bendera. Inilah cara kami zahirkan cinta pada tanah air,” tambahnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!