Skuad Khas Covid-19 MBPP pantau orang ramai patuhi larangan

Skuad Khas Covid-19 MBPP sedang membuat rondaan bagi memantau semua pihak mematuhi Perintah Kawalan Keselamatan sekitar bahagian pulau. - Foto MBPP
Skuad Khas Covid-19 MBPP sedang membuat rondaan bagi memantau semua pihak mematuhi Perintah Kawalan Keselamatan sekitar bahagian pulau. - Foto MBPP
A
A
A

GEORGETOWN - Skuad Khas Covid-19 Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang terdiri daripada 50 anggota pelbagai jabatan MBPP membuat rondaan di semua kawasan bahagian pulau itu bermula semalam.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang berkata, skuad itu ditubuhkan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan kerajaan sentiasa dipatuhi orang ramai dan bagi mengekang penularan Covid-19 di negara ini.

"Anggota penguatkuasaan dibahagikan kepada enam kumpulan dan mereka akan membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan pulau termasuk premis perniagaan bagi memastikan semua perniagaan yang bukan perkhidmatan penting negara ditutup sepanjang tempoh 14 hari ini.

"Mereka menasihati orang awam supaya sentiasa berada di rumah dan mempraktikkan jarak sosial di dalam premis seperti di kedai runcit atau kedai makanan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, skuad tersebut juga akan memastikan semua restoran, kedai dan gerai makanan yang beroperasi hanya membekalkan jualan secara membawa pulang atau melalui perkhidmatan penghantaran.

"Skuad Khas Covid-19 MBPP akan bertemu di Pusat Operasi, Komtar setiap hari bagi mengemaskini, menentukan strategi, memantau dan mengambil tindakan mengikut keperluan dan keadaan harian.

"Sehingga semalam, sebanyak 253 notis dikeluarkan kepada peniaga, pengusaha makanan dan restoran, peniaga di pasar malam serta pemilik perniagaan yang lain mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Pulau Pinang menyokong Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan bermula 18 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tidak mustahil Malaysia akan menghadapi senario seperti Itali sekiranya tidak mengekang penularan Covid-19 dalam tempoh 14 hari ini sekali gus mengakibatkan lebih banyak kes positif Covid-19 dan kematian

"Simulasi oleh pakar-pakar menunjukkan trend yang sama seperti apa di Itali disebabkan oleh kawalan kurang efektif dan juga kerjasama daripada orangnya yang tidak mencukupi.

"Terima kasih kepada MBPP dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana mengambil langkah proaktif dalam menyokong Perintah Kawalan Pergerakan ini," katanya.

Kon Yeow berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dari segi peralatan dan kit ujian untuk meringankan beban hospital kerajaan di negeri itu,