100,000 topeng muka sumbangan China sudah tiba

Bantuan topeng muka tiga lapis daripada China.
Bantuan topeng muka tiga lapis daripada China.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 100,000 keping topeng muka tiga lapis sumbangan oleh China tiba di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam hantaran Facebooknya berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.

"Alhamdulillah, more good news! Saya baru dimaklumkan kita telah berjaya dapatkan 100,000 topeng muka daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia," katanya.

Menurutnya, syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia akan menerbangkan bekalan itu ke secara sukarela.

"Terima kasih juga kepada Air Asia kerana menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma.

"Insya-ALLAH akan sampai pagi ini. Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak Covid-19," katanya.

PIC
PIC

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat farmaseutikal terbesar, Pharmaniaga bersetuju untuk menguruskan logistik dan menyimpan topeng muka itu di gudang mereka.

Artikel Berkaitan:

"Agihan bekalan akan dibuat oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Penghantaran akan dibuat Pharmaniaga dan perkhidmatan syarikat itu adalah di bawah tanggungjawab korporat sosial. Alhamdulillah," katanya.

Semalam, Kedutaan China di Kuala Lumpur turut menyumbang peralatan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh.

Isnin lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menerima kunjungan Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan membincangkan usaha menangani wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: China hantar bantuan kepada Malaysia

Bai Tian menyatakan persetujuan untuk membantu Malaysia dengan membekalkan peralatan perubatan seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan lain-lain peralatan penting.