Basuh tangan 20 saat, ikut langkah ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MEMBASUH tangan adalah satu prosedur kebersihan dan kesihatan yang penting dalam seharian terutama dalam membendung penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Mungkin ramai masih belum tahu cara terbaik untuk membasuh tangan dan mungkin selama ini cara anda lakukan itu salah.

Masa yang sebaiknya diambil untuk membasuh tangan dengan sempurna adalah 20 saat atau lebih sekiranya mencuci tangan dengan sabun dan air.

Kebanyakan beranggapan membasuh tangan dengan mengalirkan air paip saja sudah mencukupi, namun tanggapan itu tidak benar sama sekali kerana sabun diperlukan dan geseran ketika menggosok tangan dapat membuang bakteria yang hadir daripada tangan kita.

Membersihkan tangan dengan betul dapat mengawal kebanyakan penyakit yang boleh tersebar menerusi sentuhan, malah amalan berkenaan adalah vaksin terbaik untuk setiap individu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) beberapa langkah perlu dilakukan ketika membasuh tangan.

1. Basuh tangan di bawah air mengalir. Tutup air dan ambil sabun.

Anda boleh gunakan air sejuk, sabun mesti digunakan kerana kajian saintifik telah membuktikan penggunaan sabun lebih berkesan menghapus bakteria dan kuman pada tangan.

Artikel Berkaitan:

2. Sapu kedua-dua tangan anda sehingga berbuih.

Pastikan anda menggosok belakang tangan, di celah-celah jari dan bawah kuku.Menggosok tangan akan menyebabkan geseran untuk singkirkan kekotoran, minyak dan mikrob.

3. Sental tangan selama 20 saat

WHO memberitahu ketika membasuh tangan 20saat, anda boleh mengira masa dengan menyanyikan lagu Happy Birthday sebanyak dua kali.

4. Basuh tangan di bawah air mengalir

Setelah segala bakteria telah berada di permukaan kulit, cuci tangan menggunakan air mengalir. Elak celup tangan atau guna air yang ditadah kerana akan menambah bilangan mikrob pada tangan anda.

5. Keringkan tangan guna tuala bersih atau tisu