Dracula moden 'curi' darah untuk legakan tekanan

BEIJING - Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun kerana memecah masuk rumah seorang wanita dan membius mangsa sebelum 'mencuri' darahnya.
Tindakan pelik itu dibuat Li atas alasan untuk 'melegakan tekanan' yang turut mengundang kecaman warganet.
South China Morning Post melaporkan insiden itu berlaku di Yangzhou, wilayah Jiangsu pada Januari 2024.
"Mangsa dikenali sebagai Yu sedang tidur ketika rumahnya dipecah masuk oleh Li.
"Perbuatan jenayah itu terbongkar selepas suami mangsa pulang dan memukulnya dengan cerek hingga menyebabkan tertuduh melarikan diri," jelas laporan itu lagi.
Susulan kejadian itu, penduduk sekitar kawasan kejiranan tersebut bertindak segera memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Ketika memberi keterangan di mahkamah Li mendakwa dia berasa seronok dan teruja dengan perbuatannya.
Menurut dokumen mahkamah, dia pernah berdepan beberapa pertuduhan termasuk kecurian, rogol dan menceroboh serta diletakkan di bawah penahanan pentadbiran kerana pencerobohan privasi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

