Thailand rekod 60 kes baharu Covid-19

Thailand telah melaporkan 60 kes baharu koronavirus (Covid-19) termasuk lima yang dikaitkan dengan perhimpunan agama di sebuah masjid di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 272 kes. -Foto AFP
Thailand telah melaporkan 60 kes baharu koronavirus (Covid-19) termasuk lima yang dikaitkan dengan perhimpunan agama di sebuah masjid di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 272 kes. -Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Thailand telah melaporkan 60 kes baharu koronavirus (Covid-19) termasuk lima yang dikaitkan dengan perhimpunan agama di sebuah masjid di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan 272 kes.

Ia adalah peningkatan jumlah kes terbesar Covid-19 dalam tempoh 24 jam sejak penularan wabak itu pada Januari tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata, 43 kes positif baharu dikaitkan dengan tempat hiburan, perlawanan Muay Thai dan mempunyai kontak dengan pesakit yang direkodkan.

Angka itu turut termasuk lima kes dari Pattani dan Yala yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Malaysia pada Februari.

“Kumpulan kedua sebanyak 17 kes termasuk sembilan individu yang telah kembali ke Thailand, tiga mempunyai kontak dengan warga asing dan seorang jurulatih kecergasan.

“Empat kes, termasuk satu melibatkan seorang wartawan, sedang dalam siasatan untuk sumber jangkitan,” katanya dalam taklimat harian Covid-19 di sini hari ini.

Sehingga kini, Thailand melaporkan 272 kes Covid-19 dengan satu kematian. Sebanyak 42 pesakit didiscaj manakala 229 masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Suwannachai memberi jaminan jumlah katil hospital adalah mencukupi untuk pesakit Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Terdapat lebih 7,000 katil hospital di seluruh negara termasuk 1,000 di Bangkok,” katanya. - Bernama