Rasuah permit pekerja asing: Pengurus syarikat warga Bangladesh dicekup

Seorang pengurus syarikat warga Bangladesh direman tujuh hari untuk siasatan kes mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing. Foto: SPRM
Seorang pengurus syarikat warga Bangladesh direman tujuh hari untuk siasatan kes mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing. Foto: SPRM
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat warga Bangladesh kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi mendapatkan permit pekerja asing.

Suspek ditahan kira-kira jam 9 malam Rabu dengan bantuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 3 September selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 3 September selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis. Foto SPRM
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 3 September selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis. Foto SPRM

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu dipercayai melarikan diri ke negara asal ketika operasi dijalankan sekitar Jun lalu.

“Bagaimanapun, hasil daripada ‘red flag’ terhadapnya sebelum ini, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 9 malam semalam (Rabu) dengan bantuan JIM sejurus tiba di Malaysia.

“Suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut dan turut menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM210,000 daripada pemohon permit pekerja asing.

“Siasatan awal mendapati suspek mengemukakan dokumen kontrak kerja dan Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB yang disyaki mengandungi butiran palsu berkaitan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 kepada Bahagian Penguatkuasaan JIM bagi mendapatkan permit pekerja asing,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!