Gempa bumi: Penduduk Segamat diminta berhati-hati, jauhi bangunan tinggi - Exco

Penduduk di Segamat diingatkan agar sentiasa berhati-hati selain menjauhi kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu dan serta peka kepada sebarang arahan pihak berkuasa susulan kejadian gempa bumi pada pagi Rabu.
Penduduk di Segamat diingatkan agar sentiasa berhati-hati selain menjauhi kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu dan serta peka kepada sebarang arahan pihak berkuasa susulan kejadian gempa bumi pada pagi Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penduduk di Segamat diingatkan agar sentiasa berhati-hati selain menjauhi kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu dan serta peka kepada sebarang arahan pihak berkuasa susulan kejadian gempa bumi pada pagi Rabu.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohd Salleh, orang ramai juga dinasihatkan peka kepada sebarang arahan pihak berkuasa dan mengutamakan keselamatan keluarga dan orang sekeliling.

"Kerajaan Negeri Johor melalui agensi teknikal seperti JKR (Jabatan Kerja Raya), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Bakaj (Badan Kawal Selia Air Johor.

"Kerajaan negeri akan terus memantau keadaan jambatan, jalan raya, empangan serta fasiliti utama bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat dan baik.

"Pihak Petronas juga akan menghantar laporan keadaan aset dan fasiliti mereka di dalam radius terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati, jauhi kawasan atau bangunan tinggi buat sementara waktu, serta peka kepada sebarang arahan pihak berkuasa.

Tambahnya, keselamatan keluarga dan orang sekeliling harus menjadi keutamaan.

Ahad lalu, penduduk di daerah ini dan kawasan berhampiran dikejutkan dengan gegaran gempa bumi lemah pada magnitud 3.2 yang berlaku pada jam 8.59 pagi.

Gegaran tersebut merupakan yang ketiga berlaku di daerah ini selepas gegaran pertama pada Ahad dengan magnitud 4.1 pada jam 6.13 pagi sebelum gegaran kedua pada jam 9 pagi dengan gegaran berukuran 2.8 magnitud dilaporkan berlaku di Yong Peng pada hari yang sama.

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!