Taylor Swift umum bertunang dengan Travis Kelce

Taylor Swift mengumumkan pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Travis Kelce.
Taylor Swift mengumumkan pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Travis Kelce.
A
A
A

BINTANG pop Hollywood, Taylor Swift mengumumkan pertunangan dan bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Travis Kelce.

Pengumuman penyanyi popular itu dibuat menerusi Instagram pada Selasa sekali gus mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Pelantun ‘Love Story’ itu memilih Kelce, iaitu Ketua Kansas City Chiefs National Football League (NFL) Amerika Syarikat (AS) sebagai pasangan hidup selepas kedua-duanya dilaporkan mula menjalinkan hubungan sejak 2023.

“Guru Bahasa Inggeris dan guru gym ini akan berkahwin!” katanya ringkas.

Bagaimanapun, tiada tarikh perkahwinan dimaklumkan setakat ini.

Menerusi hantaran di Instagramnya, beberapa keping gambar dimuat naik menunjukkan pasangan tersebut berada di taman bunga berwarna merah jambu dan putih.

Satu gambar memperlihatkan Kelce berlutut sambil memandang ke arah Swift, manakala satu lagi menampakkan cincin besar di jari manis tangan kiri selebriti ternama itu.

Petikan lagu Swift berjudul ‘So High School’ dimainkan sebagai latar belakang hantaran tersebut.

Difahamkan, Presiden AS, Donald Trump yang sempat memuat naik hantaran ‘Saya Benci Taylor Swift’ di X pada September tahun lalu, kini mengucapkan tahniah di atas perkhabaran terbaharu ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa dia (Kelce) seorang pemain hebat begitu juga Taylor, wanita yang sangat mengagumkan!” ujar beliau teruja. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!