ATM nafi helikopter tentera khas buat semburan disinfeksi

Affendi
Affendi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada helikopter tentera khas yang digunakan untuk membuat semburan disinfeksi Covid-19 di udara di seluruh negara seperti yang tular di media sosial.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, berita yang tular di media sosial itu adalah palsu serta tidak tepat sama sekali.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan meminta orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

"Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata kenyataan itu.

Hari ini, tular di media sosial menyatakan helikopter tentera khas akan melakukan semburan disinfeksi virus Covid-19 di udara di seluruh negara.

Mesej berkenaan berbunyi, "Anda mesti berada di dalam rumah selepas jam dua belas malam dan keluarkan (ambil) semua pakaian yang berada di luar apabila anda mendengar bunyi pesawat pada waktu malam, anda tahu bahawa ia berkaitan dengan perkara ini (Covid) berlaku di Malaysia. Sila memaklumkan jika anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan di Malaysia". - Bernama

Artikel Berkaitan: