Lapor polis jika majikan berdegil - Ayob Khan

Ayob Khan Mydin Pichay (kanan) menunjukkan barang rampasan dalam satu kes penipuan selepas sidang media di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.
Ayob Khan Mydin Pichay (kanan) menunjukkan barang rampasan dalam satu kes penipuan selepas sidang media di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pekerja di negeri ini boleh membuat laporan kepada polis sekiranya ada majikan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dengan memaksa mereka hadir bekerja.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pichay berkata, tindakan akan dikenakan kepada mereka kerana pengecualian diberikan terhadap beberapa sektor dan perkhidmatan penting sahaja.

"Ada beberapa tempat, kilang atau yang dikategorikan sebagai 'essential services' boleh (dibuka) tetapi dalam kebanyakan kes kilang yang tidak penting diarahkan ditutup.

"Jika didapati ada majikan yang ingkar, pekerja sila maklumkan kepada balai polis berhampiran dan kita akan mengambil tindakan susulan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung pelanggaran arahan di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, pihaknya menerusi Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URV) di semua Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) sudah memulakan pemantauan.

Langkah itu katanya, bagi memastikan semua premis perniagaan termasuk pusat hiburan yang tidak penting mematuhi perintah berkenaan.

"Daripada laporan yang kita dapat, memang semua pusat hiburan, restoran dan tempat berkaitan sudah tutup," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun. jika terdapat peniaga yang ingkar, pihaknya meminta kerjasama orang ramai membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan tegas dikenakan," katanya.