Dua ahli Kongres AS positif Covid-19

Mario Diaz-Balart diuji positif Covid-19. - Agensi
Mario Diaz-Balart diuji positif Covid-19. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Dua penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) termasuk wakil Florida menjadi ahli Kongres pertama mengumumkan bahawa mereka telah diuji positif koronavirus (Covid-19).

Pejabat ahli Kongres Mario Diaz-Balart dalam satu kenyataan berkata, beliau diberitahu bahawa keputusan ujian Covid-19 yang dijalaninya adalah positif.

Anggota Republikan itu mengumumkan keputusan ujiannya selepas Datuk Bandar Miami, Francis Suarez mengesahkan beliau positif Covid-19 pada minggu lalu.

Susulan itu, mereka menjalani kuarantin sendiri di rumah mengikut garis panduan dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Pengumuman Diaz-Balart itu mendorong Ketua Republikan di Dewan Perakilan, Steve Scalise menjalani kuarantin sendiri selepas beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pada minggu lalu.

Beberapa penggubal undang-undang AS kini turut menjalani kuarantin sendiri di rumah selepas bersentuhan dengan seorang lelaki yang menghadiri persidangan Konservatif berhampiran Washington.

Lelaki berkenaan diuji positif Covid-19.

Setakat ini AS merekodkan lebih 9,300 kes dan 150 kematian. - AFP

Artikel Berkaitan: