Covid-19: Pesakit larikan diri palsu

Gambar palsu
Gambar palsu
A
A
A

IPOH - Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menafikan ada pesakit wanita positif koronavirus (Covid-19) telah melarikan diri, semalam seperti yang ditularkan di laman sosial.

Tular di Facebook dan WhatsApp kononnya wanita yang berasal dari Kampung Simee, di sini, dicari oleh pihak polis dan hospital setelah melarikan diri dan orang ramai diminta menghubungi pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan wanita tersebut.

Pengarahnya, Dr Abdul Malek Osman berkata, pihak hospital menafikan penularan berita itu kerana ia tidak benar.

“Semakan mendapati tiada pesakit seperti yang tular tersebut di hospital ini. Orang ramai digesa tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, maklumat berkenaan Covid-19 boleh rujuk kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan penularan gambar wanita itu adalah tidak benar.

Memetik dari Facebook Info Sibu pula, wanita tersebut merupakan pesakit psikiatri Hospital Sibu yang dikenali sebagai Keluda Anak Lanang, 32.

Gambarnya tular bagi mengesan ahli keluarga atau waris wanita itu.

Artikel Berkaitan:

Wanita merupakan pesakit psikiatri Hospital Sibu dan gambarnya tular bagi mengesan ahli keluarga atau waris wanita itu. Foto: FB Info Sibu
Wanita merupakan pesakit psikiatri Hospital Sibu dan gambarnya tular bagi mengesan ahli keluarga atau waris wanita itu. Foto: FB Info Sibu