Covid-19: Senat AS lulus rang undang-undang cuti sakit berbayar

Mitch McConnell. Foto Sumber Internet
Mitch McConnell. Foto Sumber Internet
A
A
A

WASHINGTON - Senat Amerika Syarikat (AS) hari ini meluluskan rang undang-undang mengenai cuti sakit berbayar, insurans pengangguran dan ujian saringan kesihatan percuma sebagai langkah memperkasakan lagi usaha untuk memerangi wabak Covid-19

Agensi berita Xinhua melaporkan rang undang-undang itu mendapat sokongan anggota Dewan Senat 90 berbalas lapan.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell, berkata, beliau menyokong cadangan itu, walaupun berpendapat ia tidak membantu sepenuhnya rakyat Amerika dan lebih menimbulkan ketidakpastian terhadap perusahaan kecil.

"Rang undang-undang itu termasuk langkah-langkah untuk memastikan perniagaan yang mempunyai kurang 500 pekerja memberikan cuti sakit berbayar selama dua minggu, meningkatkan insurans pengangguran dan pembiayaan program bantuan makanan serta ujian pengesanan secara percuma," katanya.

Menyifatkannya sebagai langkah pertama, McConnell berkata, anggota Parlimen bekerja keras untuk melancarkan pakej rangsangan yang lebih meluas.- Bernama

Artikel Berkaitan: