KPS Berhad ACT-I Jelajah Anti Rasuah 2.0 sasar lima sekolah di Selangor

Penganjur bersama warga pendidik dan pelajar SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam.
Penganjur bersama warga pendidik dan pelajar SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM – Program KPS Berhad ACT-I Jelajah Anti Rasuah 2.0 anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) dengan kerjasama Rasuah Busters diteruskan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini pada Rabu.

Ketua Projek, KPS Berhad, Shareen Mohd Anayath berkata, program itu merupakan siri kali kedua yang dilaksanakan dengan objektif utama untuk menerapkan nilai integriti dan membudayakan penolakan rasuah dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah.

“Kami percaya penerapan nilai murni harus bermula di peringkat sekolah. Melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana anak-anak ini satu hari nanti akan memasuki alam pekerjaan dan menjadi pemimpin.

Shareen Mohd Anayath
Shareen Mohd Anayath

"Nilai yang dipupuk sejak kecil akan membentuk kredibiliti mereka pada masa hadapan,” ujarnya.

Menurut Shareen, siri pertama tahun lalu hanya dilaksanakan di Selangor, namun pada tahun ini program diperluaskan ke Johor dan Pulau Pinang berikutan KPS Berhad memiliki anak syarikat yang beroperasi di negeri-negeri tersebut.

Beliau berkata, siri jelajah di Johor dan Pulau Pinang telah diselesaikan masing-masing pada bulan Jun dan Julai lalu, sebelum program dibawa semula ke Selangor bermula bulan ini.

Di Selangor, sebanyak lima sekolah menengah dipilih bagi siri kedua ini iaitu SMK Sarjana Utama, Sungai Buloh; SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam; SMK Seksyen 18, Shah Alam; SMK TTDI Jaya dan akan berakhir di SMK Subang Utama, Subang Jaya pada 4 September depan.

Artikel Berkaitan:

Di Selangor, sebanyak lima sekolah menengah dipilih bagi siri kedua termasuk di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam pada Rabu.
Di Selangor, sebanyak lima sekolah menengah dipilih bagi siri kedua termasuk di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam pada Rabu.

“Semalam (Selasa) kami berada di SMK Sarjana Utama, Sungai Buloh, hari ini di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, manakala esok ke SMK Seksyen 18. Seterusnya ke SMK TTDI Jaya dan penutup siri ini akan berlangsung di SMK Subang Utama pada 4 September nanti,” tambahnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, penglibatan pelajar dalam program ini amat penting kerana mereka merupakan generasi pelapis yang bakal menentukan hala tuju negara.

Wan Normi Hasan
Wan Normi Hasan

“Kita mahu pelajar faham bahawa rasuah bukan sekadar kesalahan undang-undang, tetapi ia merosakkan masyarakat dan masa depan.

"Jika nilai integriti dapat dipupuk di sekolah, mereka akan lebih berani menolak budaya rasuah apabila berada di universiti, dunia pekerjaan dan ketika menjadi pemimpin kelak,” ujarnya.

Beliau menegaskan, usaha membanteras rasuah bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa, sebaliknya memerlukan penglibatan masyarakat termasuk generasi muda yang dididik dengan kesedaran dan kefahaman tentang integriti.

KPS Berhad ACT-I Jelajah Anti Rasuah 2.0 turut melibatkan sesi ceramah, ikrar integriti serta pengisian interaktif yang bertujuan meningkatkan kesedaran menolak budaya rasuah dalam kalangan generasi muda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!