Pesawat latihan mendarat cemas: TUDM tubuh lembaga siasatan

Laporan Sinar Harian berhubung Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah dibuka semula.
Laporan Sinar Harian berhubung Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah dibuka semula.
A
A
A

ALOR SETAR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku insiden pendaratan cemas melibatkan sebuah pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 MkII di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini pada pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 11.26 pagi itu, pesawat berkenaan dikendalikan oleh seorang pelatih Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara yang sedang menjalani latihan penerbangan solo.

Menurut kenyataan rasmi TUDM, pelatih terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya mengendalikan pesawat dengan selamat meskipun berdepan situasi cemas.

“TUDM akan menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Buat masa ini, latihan penerbangan di INSPEN 1 akan diteruskan seperti biasa,” kata jurucakap TUDM.

Terdahulu, media melaporkan landasan LTSAH ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan pesawat dan pembersihan dijalankan.

Penutupan tersebut turut mendapat pelepasan keselamatan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu hantaran di platform media sosial X memaklumkan bahawa landasan telah dibuka semula pada jam 3 petang dan operasi penerbangan disambung seperti biasa.

“Penutupan sementara ini adalah langkah keselamatan susulan insiden berkaitan pesawat TUDM yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi,” menurut kenyataan MAHB.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!