Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah dibuka semula

Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah dibuka semula pada jam 3 petang hari ini. Gambar fail
Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah dibuka semula pada jam 3 petang hari ini. Gambar fail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah dibuka semula pada jam 3 petang hari ini selepas mendapat pelepasan keselamatan terakhir daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu hantaran di platform media sosial X berkata operasi penerbangan telah disambung semula seperti biasa.

Terdahulu, MAHB memaklumkan landasan itu ditutup sementara susulan insiden berkaitan pesawat pada jam 11.30 pagi hari ini.

Penutupan itu bagi memudahkan kerja-kerja mengalihkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pembersihan landasan, katanya.

Notis kepada juruterbang telah dikeluarkan oleh CAAM. Penutupan itu pada awalnya dijangka berkuat kuasa sehingga jam 4.00 petang hari ini.

Sehubungan itu, MAHB menasihatkan penumpang supaya merujuk kepada syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!