Lee Chong Wei harap semua patuhi arahan, duduk di rumah

Instagram Lee Chong Wei
Instagram Lee Chong Wei
A
A
A

SHAH ALAM - Pemain legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menggesa semua pihak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini.

Beliau menggesa semua rakyat Malaysia untuk berada di rumah dah tidak balik ke kampung masing-masing.

Bekas pemain nombor satu dunia itu juga sempat menitipkan nasihat agar rakyat Malaysia tidak menganggap waktu 14 hari ini sebagai 'cuti hari raya'.

"Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya.

"Dan I minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang.

"Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat," kata beliau.

Beliau juga mengungkapkan penghargaan tidak berbelah bahagi buat petugas bahagian hadapan dalam usaha mengekang wabak tersebut.

"Kepada frontliners, para doktor, jururawat, kakitangan hospital dan juga cashier pasar Raya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk hormat dari saya!

Artikel Berkaitan:

"Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang, is to #STAYHOME," tulisnya.

Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag. Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah. Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah. Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang. Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME #JUSTSTAYATHOME #STAYHOMESAFELIFES #WEAREMALAYSIAN #MALAYSIABOLEH

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on Mar 18, 2020 at 5:21am PDT