Enam rasa eksklusif di Resorts World Genting satukan jiwa Malaysia

Cef Hans Lim dan Cef Nor Hamizi menunjukkan hidangan masing-masing, iaitu Nasi Lemak dan Patin Tempoyak, dua menu popular & eksklusif di Resorts World Genting.
Cef Hans Lim dan Cef Nor Hamizi menunjukkan hidangan masing-masing, iaitu Nasi Lemak dan Patin Tempoyak, dua menu popular & eksklusif di Resorts World Genting.
A
A
A

Tahun ini genap 68 tahun, Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan, satu perjalanan yang cukup  panjang, ditenun dengan nilai perpaduan, harapan dan semangat  yang tidak pernah luntur.

Di sebalik kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya, satu perkara kekal menjadi penghubung  hati semua adalah makanan.

Tanpa mengira latar belakang  atau asal usul, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya tetap duduk semeja, berkongsi hidangan dengan harmoni. Itulah semangat yang ingin diraikan oleh Resorts World Genting (RWG) yang mengangkat keunikan rasa.

Sajian halal terbaik Masih ramai yang belum tahu bahawa RWG kini menjadi antara lokasi pilihan makanan halal terbesar di kawasan pelancongan tanah tinggi di Malaysia.

Dengan konsep inklusif dan mesra Muslim, RWG memastikan tetamu dapat menikmati sajian lazat tanpa was-was dengan tiga lokasi wajib singgah di sana iaitu Jom Makan Street Food, Jom Makan SkyAvenue  dan Jom Makan Awana.

Jom Makan Street Food yang terletak di aras 4, SkyAvenue dan tiga  outlet lain merupakan ruang makanan halal terbesar di RWG yang menawarkan pelbagai pilihan menu lokal sekali gus sesuai untuk seisi keluarga atau rombongan.

Nasi Ulam Utara Bersama Ikan Bakar dan Sambal Kelapa.
Nasi Ulam Utara Bersama Ikan Bakar dan Sambal Kelapa.

Satu lagi, Jom Makan Awana di RWA terletak di pertengahan bukit yang menawarkan kepelbagaian rasa dalam suasana yang tenang dan santai.  

Artikel Berkaitan:

Antara hidangan paling popular termasuk Rendang Tok, Mi Goreng  Mamak, Char Kuetiau, Roti Ayam Kari Lotus, Nasi Lemak Kunyit, Laksa Johor dan banyak lagi.

Sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, RWG sentiasa menyediakan pilihan halal yang menyelerakan, selesa dan menepati cita rasa tempatan.

Sajian eksklusif Merdeka

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, RWG mempersembahkan enam hidangan eksklusif bertemakan ‘Raikan Rasa Kita’ yang tersedia dari 29 Ogos ini hingga 16 September nanti di Park Avenue Lounge, SkyAvenue.  

Hidangan tersebut bukanlah sekadar makanan, tetapi menceritakan sebuah kisah dan identiti kita yang dihasilkan oleh cef  berbakat dari RWG sendiri.

Lebih hebat, seorang cef veteran  berusia 80 tahun dan seorang cef orang kurang upaya yang melambangkan kesungguhan RWG  menyokong bakat tanpa diskriminasi.

Mi Tauhu Tawau.
Mi Tauhu Tawau.

Antara enam sajian yang wajib dicuba seperti Mi Tauhu Tawau yang diinspirasikan dari bumi Sabah dengan rasa lemak dan kuah cukup menyelerakan.  

Nasi Ulam Utara Bersama Ikan Bakar dan Sambal Kelapa.
Nasi Ulam Utara Bersama Ikan Bakar dan Sambal Kelapa.

Nasi Ulam Utara dengan aroma  harum yang dimakan bersama ikan bakar berempah dan sambal kelapa  dengan resipi berasal dari Perak, memang rugi kalau dilepaskan.

Tidak ketinggalan, Ikan Siakap Stim Kapitan ala Peranakan Nyonya yang merupakan hidangan masyarakat Peranakan yang kaya dengan seruan bau serai dan  rempah yang dihasilkan cef orang kurang upaya.  

Ikan Siakap Stim Kapitan ala Peranakan Nyonya.
Ikan Siakap Stim Kapitan ala Peranakan Nyonya.

Mi Siam Nyonya Pulau Pinang  juga antara masakan nostalgia yang dimasak sendiri cef veteran berumur 80 tahun.

Mi Siam Nyonya Pulau Pinang.
Mi Siam Nyonya Pulau Pinang.

Pasti mengimbau kenangan! Selain itu, Nasi Lemak yang menjadi signatur makanan laku keras untuk beberapa tahun di RWG antara sajian perlu dicuba jika berkunjung ke sana kerana ia menjadi pilihan utama pengunjung  untuk bersarapan di Genting Highlands.  

Nasi Lemak.
Nasi Lemak.

Sementara itu, masakan patin tempoyak yang menjadi hidangan ikonik di Pahang dengan rasa tempoyak berlemak bersama ikan patin segar lagi empuk cuba  disarankan untuk dinikmati bersama keluarga.

Masakan patin tempoyak yang menjadi hidangan ikonik di Pahang.
Masakan patin tempoyak yang menjadi hidangan ikonik di Pahang.

Walaupun setiap hidangan disediakan dengan kualiti bertaraf lima bintang namun ia masih mengekalkan rasa autentik, eksklusif dan berbaloi demi membangkitkan rasa kasih terhadap tanah air serta warisan  kita.

Justeru, marilah ‘Raikan Rasa  Kita’ dengan enam sajian eksklusif yang menterjemahkan enam cerita, enam hidangan dan enam selera  kerana dalam setiap suapan  membawa erti sebenar perpaduan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!