‘Raikan Rasa Kita' serlah hidangan eksklusif di Resorts World Genting
22 Ogos 2025 | VIDEO
A
A
A
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Resorts World Genting mempersembahkan enam hidangan eksklusif bertemakan ‘Raikan Rasa Kita’ yang tersedia dari 29 Ogos ini hingga 16 September nanti di Park Avenue Lounge, SkyAvenue.
Hidangan tersebut bukanlah sekadar makanan, tetapi menceritakan sebuah kisah dan identiti kita yang dihasilkan oleh cef berbakat dari RWG sendiri.
