Tok siak masjid didakwa rogol anak kandung

Tertuduh (dua dari kanan) dikawal ketat polis ketika dibawa ke Mahkamah Kota Bharu.
Tertuduh (dua dari kanan) dikawal ketat polis ketika dibawa ke Mahkamah Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang tok siak masjid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan merogol anak perempuannya di Kuala Krai, lima tahun lalu.

Tertuduh berusia 51 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun di sebuah rumah pada jam 10 malam, 25 Ogos 2020.

Bagi kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mengarahkan sebarang rayuan dibuat secara bertulis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!