'Lari tinggalkan 67 anak'

Operasi menangkap anak ular sawa itu mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan tamat pada jam 7.30 malam. Foto Bomba Sukarelawan
Operasi menangkap anak ular sawa itu mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan tamat pada jam 7.30 malam. Foto Bomba Sukarelawan
A
A
A

KUALA KRAI - Sepasang ular sawa meninggalkan 67 ekor anak selepas kemunculan reptilia itu disedari oleh seorang penternak lembu di Kampung Gertak Kangkong di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lelaki terbabit yang dikatakan ingin mengambil ternakannya telah terserempak dengan ular sepanjang 7.3 meter dan dianggarkan seberat 200 kilogram (kg).

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Sukarelawan Guchil, Mohd Hamdan Mahadi berkata, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat sarang yang mengandungi 67 biji telur ular sawa.

“Bagaimanapun, semasa proses memungut telur terbabit, ia telah menetas kesemuanya, namun tujuh daripada anak ular sawa telah terlepas masuk ke dalam semak berhampiran.

“Kami hanya berjaya menangkap 60 ekor anak ular sawa,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, operasi tersebut telah mengambil masa selama 1 jam 45 minit dan tamat pada jam 7.30 malam.

Ujarnya, kesemua anak ular sawa tersebut dibawa balik ke balai dan akan dilepaskan ke habitatnya di hutan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!