'Kapal hantu' hanyut di perairan Terengganu

Kapal hantu yang hanyut kini dalam proses penundaan menuju ke Kemaman Supply Base (KSB) untuk tujuan penyelamatan. Foto Maritim Malaysia Pahang
Kapal hantu yang hanyut kini dalam proses penundaan menuju ke Kemaman Supply Base (KSB) untuk tujuan penyelamatan. Foto Maritim Malaysia Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sebuah kapal hantu seberat 292.9 tan yang hanyut di perairan pelantar minyak di Terengganu sejak Selasa berjaya dikawal dalam operasi bersepadu dikoordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sebuah kapal hantu seberat 292.9 tan yang hanyut di perairan pelantar minyak di Terengganu sejak Selasa berjaya dikawal dalam operasi bersepadu dikoordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Foto Maritim Malaysia Pahang.
Sebuah kapal hantu seberat 292.9 tan yang hanyut di perairan pelantar minyak di Terengganu sejak Selasa berjaya dikawal dalam operasi bersepadu dikoordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia). Foto Maritim Malaysia Pahang.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima laporan daripada MRSC Johor pada jam 4.45 petang itu berhubung pengesanan kapal hanyut kira-kira empat batu nautika timur pelantar berkenaan.

“Kapal itu hanyut melepasi kawasan pelantar minyak dan berisiko mengancam keselamatan pelantar lain di sekitarnya.

"Operasi itu mendapat bantuan aset udara jenis Dauphin AS 365 N3 yang membawa Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM), Malaysia Petroleum Management (MPM), Petronas  dan Vestigo Petroleum Sdn Bhd, Jadestone Energy (Malaysia), Petronas Carigali Sdn Bhd serta Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mazlan memaklumkan, kapal terbabit kini dalam proses penundaan menuju ke Kemaman Supply Base (KSB) untuk tujuan penyelamatan.

Tambah beliau, pasukan STAR Team berjaya merapat ke kapal pada jam 6.58 petang, Rabu semalam dan memasang tali tunda ke Kapal JM Purnama milik Jasa Merin.

"Kerja penundaan menuju KSB yang dijangka tiba pada esok (15 Ogos) dan sebaik tiba pemeriksaan terperinci akan dilakukan termasuk siasatan identiti kapal serta aduan berhubung kemungkinan terdapat mangsa di dalamnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Maritim Malaysia memaklumkan operasi akan diteruskan sehingga kapal selamat diserahkan kepada pihak Jabatan Laut Malaysia.

Kejadian ini dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden sebuah kapal tangki terbakar di perairan Tanjung Sedili pada 7 Ogos lalu.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!