X

Kindly register in order to view this article
!

Pas Perak calonkan semua ADUN sebagai Exco

Razman
A
A

IPOH - Pas Perak mengemukakan nama semua tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk dipertimbangkan sebagai Exco kerajaan negeri.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, tiga nama tersebut termasuk beliau sendiri selaku ADUN Gunung Semanggol; ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan segala keputusan untuk melantik Exco kerajaan negeri tersebut kepada Ahmad Faizal.

"Kami hanya ada tiga orang sahaja ADUN. Kita hantar ketiga-tiganya kepada Menteri Besar di atas kebijaksanaan beliau untuk memilih.

"Matlamat kita adalah untuk memberikan kesejahteraan supaya kerajaan negeri boleh ditadbir dengan baik," katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan persetujuan dibuat kesemua parti gabungan Perikatan Nasional mengenai pembahagian Exco kerajaan negeri iaitu UMNO enam orang, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seramai dua orang dan Pas juga tiga orang.

[ARTIKEL BERKAITAN] - UMNO Perak hantar 6 calon Exco

[ARTIKEL BERKAITAN] - Exco baharu Perak akan ditapis SPRM, PDRM: Ahmad Faizal

Dalam perkembangan lain, Razman berkata, semua Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) akan ditutup seperti arahan dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, Pas Perak akan akur dengan segala ketetapan dibuat oleh kerajaan berhubung langkah pencegahan penularan koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!