'Diam, andai teruskan AIDS!' - Rafizi dedah isteri terima ancaman

Rafizi (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan Parlimen pada Khamis.
Rafizi (tengah) ketika sidang akhbar di Bangunan Parlimen pada Khamis.
A
A
A

 

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Selepas serangan terhadap anak lelakinya yang berusia 12 tahun, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan isterinya pula menerima mesej ugutan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, antara mesej yang diterima adalah mengugut anak mereka dengan jangkitan AIDS.

"Isteri saya menerima mesej ugutan pada jam 1.12 malam semalam di nombor telefonnya. Dari satu nombor telefon, mesejnya begini 'diam andai teruskan AIDS.

"Mesej yang kedua ialah pagi ini pada pukul 11.02 pagi tadi, dihantar melalui WhatsApp nombor yang sama. Mesej yang sama 'diam andai teruskan AIDS', kemudian emoji picagari tiga kali," katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berpandangan, ancaman seperti itu akan berterusan sebagai usaha menyekat tindakan beliau daripada terus membongkar beberapa perkara termasuk satu skandal.

"Jadi saya ingat mereka yang terbabit ini merasakan mungkin lebih mudah mempengaruhi keputusan saya melalui (ancaman kepada) isteri dan saya hanya ada anak seorang.

"Bermaksud dengan apa yang berlaku kepada isteri dan anak, saya akan mengubah keputusan. Itu normal, psikologi biasa.

"Saya sudah sampaikan maklumat ini kepada pihak polis dan berharap siasatan itu akan berjalan dengan lancar," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!