'Cubaan menutup mulut saya daripada bongkar satu skandal' - Rafizi

Rafizi
Rafizi
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli percaya serangan yang dilakukan terhadap anaknya ada kaitan dengan pertemuan bersama sekumpulan pemberi maklumat (whistleblower) mengenai satu skandal wang.

Beliau berkata, tindakan itu juga merupakan amaran dan jalan untuk menutup mulutnya daripada terus membongkar perkara tersebut.

"Memang ada satu kumpulan 'whistleblower' datang pada saya Rabu minggu lepas mengenai satu skandal berkaitan wang.

"Maksudnya saya ingat pihak terbabit tahu kalau saya sudah mula lihat satu skandal, saya akan 'go deep' (siasat lebih mendalam). 

"Pada saya, mereka nak saya 'move on' dan tidak meneruskannya," katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Sementara itu ditanya sama ada skandal yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik, Rafizi menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat selanjutnya.

Malah beliau yang juga bekas Menteri Ekonomi memberitahu, serangan terhadap keluarganya adalah kali pertama berlaku walaupun sebelum ini sering melakukan siasatan berkaitan pelbagai skandal.

"Selepas whistleblowers datang berjumpa saya minggu lepas, tiba-tiba perkara ini

berlaku. Jadi pandangan saya motifnya ialah bersabit dengan kerja saya, tiada motif lain.

Artikel Berkaitan:

"Kalau maklumat itu diberikan terlebih awal, ia akan menyukarkan polis dan juga pendawaan yang seterusnya," ujarnya.

Sebelum ini polis mengesahkan kejadian serangan terhadap anak Rafizi di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya jam 2 petang, Rabu

Bagaimanapun, anaknya yang berusia 12 tahun itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!