Jalur Gemilang lambang kedaulatan, maruah negara

Jalur Gemilang lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara yang memerlukan penghormatan penuh. Gambar hiasan
Jalur Gemilang lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara yang memerlukan penghormatan penuh. Gambar hiasan
A
A
A

INSIDEN pemilik kedai perkakasan di Taman Bertam Perdana, Kepala Batas yang tular kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik wajar dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

Pada Selasa, pemilik kedai perkakasan, Pang Chin Tian, 59, akur dan bersedia menghadapi sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadapnya.

Chin Tian menegaskan perbuatannya pada pagi Sabtu lalu tidak disengajakan dan dia sama sekali tidak berniat memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Menurutnya, setiap tahun beliau akan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan premis perniagaannya sebagai tanda kecintaan kepada negara.

Isu berkenaan mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik yang membawa perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali pada Selasa berkata, kerajaan disaran melaksanakan audit terhadap pemasangan Jalur Gemilang di semua agensi kerajaan dan sekolah berikutan beberapa kesilapan melibatkan bendera negara yang mencetuskan kritikan ramai.

Ujarnya, beliau kecewa dengan keadaan yang berlaku itu apatah lagi situasi berkenaan sudah berlaku berulang kali.

Jalur Gemilang bukan sekadar kain berwarna merah, putih, biru dan kuning. Ia adalah lambang kedaulatan, maruah dan identiti negara yang memerlukan penghormatan penuh.

Kesilapan memasang secara terbalik boleh disalah tafsir sebagai protes atau tanda ketidaksetiaan kepada negara, apatah lagi dalam suasana kemerdekaan semakin hampir.

Artikel Berkaitan:

Mengibarkan bendera dengan betul adalah satu bentuk penghormatan kepada negara. Ia menunjukkan rasa bangga, hormat dan kesetiaan rakyat terhadap tanah air.

Oleh itu, setiap individu atau pihak yang memasang Jalur Gemilang perlu memastikan kedudukannya tepat mengikut garis panduan yang ditetapkan, bukan hanya sekadar untuk hiasan tetapi sebagai simbol kebersamaan dan semangat patriotik seluruh rakyat Malaysia.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!