Tempurung kepala retak ditolak rakan, ibu mohon doakan Aisyah Sofia

Gambar Aisyah Sofia dikongsi dalam hantaran di Facebook.
Gambar Aisyah Sofia dikongsi dalam hantaran di Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang ibu memohon orang ramai mendoakan anaknya yang sedang bertarung nyawa selepas dipercayai ditolak rakan.

Pengguna nama di Facebook, Zalinda Lin berkata, tempurung kepala anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan retak dan berlaku pendarahan dalam kepala.

"Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya, Aisyah Sofia Binti Rohaizan, yang kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh sehingga menyebabkan tempurung kepalanya retak, berlaku pendarahan dalam kepala dan tidak sedarkan diri.

"Saya tak tau dan tak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut.

"Sesungguhnya saya reda dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam hantaran sama, Zalinda turut memuat naik sekeping gambar memaparkan anaknya yang memakai pakaian seragam sekolah rendah.

Hantaran tersebut mendapat lebih 13,000 perkongsian, dengan lebih 3,000 komen yang rata-rata mendoakan kesembuhan buat kanak-kanak tersebut.

Zalinda turut mendoakan agar anaknya diberikan kesembuhan selain kembali ceria seperti sediakala.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya daripada sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala.

"Semoga ada diantara kalian yang ALLAH SWT angkat doanya. Amin...," tulisnya.

Bagaimanapun tiada sebarang perkembangan dikongsikan setelah lebih 10 jam hantaran dibuat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!