[VIDEO] Lelaki tunjuk kemaluan maut dibelasah orang ramai

A
A
A

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Seorang penganggur maut didakwa dipukul secara beramai-ramai yang berang dengan tindakan mangsa menunjukkan kemaluan di khalayak ramai di parkir sebuah pasar raya di Bandar Jasin Bestari, Jasin di sini pada Ahad.

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 malam, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah kira-kira 200 meter dari lokasi dia melakukan ganggu seksual itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan awal, tindakan mangsa telah menyebabkan dua individu yang berada di kawasan itu marah lalu memukul lelaki itu sebelum mangsa berjaya melarikan diri ke arah bangunan kedai berdekatan.

Tujuh suspek direman bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa yang menunjukkan anu.
Tujuh suspek direman bagi membantu siasatan kes bunuh mangsa yang menunjukkan anu.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Kesang Jasin kemudian berlari ke arah semak selain turut melintasi parit yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama sebelum dia yang bertindak agresif namun berjaya ditahan orang ramai.

"Selain dua individu terbabit, terdapat tiga lagi suspek termasuk seorang pemandu lori yang membawa muatan tong gas dipercayai telah menendang kepala mangsa.

"Akibat kecederaan yang dialami mangsa meninggal di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Negeri di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Isnin.

Ujarnya, susulan insiden itu polis berjaya menahan tujuh suspek lelaki berusia antara 15 hingga 66 tahun termasuk seorang warga Pakistan terdiri dalam kalangan orang awam, pekerja sekitar, pelanggan dan pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

Artikel Berkaitan:

Tujuh suspek direman oleh Mahkamah Jasin di sini, pada Isnin.
Tujuh suspek direman oleh Mahkamah Jasin di sini, pada Isnin.

Katanya semakan awal juga mendapati mangsa pernah disabitkan dengan dua kesalahan lampau pada 2003 dan 2024 atas kesalahan melakukan kelucahan melampau di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Jelasnya, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula Isnin oleh Mahkamah Majistret Jasin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

"Polis turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan terburu-buru yang tidak mengikut lunas undang-undang," katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook mengenai mayat seorang lelaki yang terbaring di atas jalan didakwa menjadi mangsa pembunuhan di Jasin Bestari di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!