Remaja lelaki ditemui lemas dalam parit

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran Dewan Orang Ramai Parit Senah, Parit Yaani Tengah, Yong Peng pada pagi Selasa. - Foto JBPM Johor
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran Dewan Orang Ramai Parit Senah, Parit Yaani Tengah, Yong Peng pada pagi Selasa. - Foto JBPM Johor
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran Dewan Orang Ramai Parit Senah, Parit Yaani Tengah, Yong Peng pada pagi Selasa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan diterima pada jam 10.48 pagi.

Jelas beliau, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng bersama satu jentera FRT dan satu unit EMRS dikejarkan ke lokasi sejauh 15 kilometer.

“Sebaik tiba pada jam 11.09 pagi, kami dimaklumkan mangsa telah dibawa naik oleh orang awam sebelum pasukan bomba sampai. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemeriksaan di kawasan sekitar dibuat bagi memastikan keadaan selamat sebelum mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.38 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!