Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat

Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat bersama abang dan sepupu lelakinya di sungai di Jalan Batu Kawan pada Jumaat. Foto hiasan
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat bersama abang dan sepupu lelakinya di sungai di Jalan Batu Kawan pada Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

BATU KAWAN - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat bersama abang dan sepupu lelakinya di sungai di Jalan Batu Kawan di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2 petang memaklumkan remaja berusia 15 tahun itu hilang di muara sungai terbabit.

"Menurut abang mangsa, mereka bertiga datang ke sungai itu untuk memukat.

"Mangsa telah menyelam ke dalam sungai bagi melepaskan jala yang tersangkut, namun tidak timbul menyebabkan abangnya menghubungi pihak bomba,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat remaja itu yang dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan air dan selaman. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!